Click Me!!

Tuesday, March 23, 2010

✈PESAWAT✈(Malaysia)



PESAWAT dianggotai oleh Jipie (vokal + gitar + keyboard), Nizam Camel (gitar utama + vocal latar), Mann (bass) dan Kudux (drum + vokal latar). Berasal dari Ampang , Selangor, PESAWAT ditubuhkan sejak 2005.

Dengan tiga hit single setakat ini, PESAWAT kian meluncur laju menerongkah arus musik Malaysia. Dilabel sebagai “Discovery tahun 2008” oleh MalayMail sedikit sebanyak menetapkan kedudukan mereka.

PESAWAT melabelkan musik mereka yang datang dalam bahasa Melayu dan Inggeris sebagai ‘Laju dan Bising’. Dengan hit single seperti “Mirage”, “Rasional Emosional” dan “Excuse me” yang menjadi juara carta di corong radio dan juga TV, PESAWAT terus berusaha melahirkan lagu yang segar bagi sajian telinga pendengar di Malaysia khasnya. Mereka sedang berusaha keras menyiapkan album pertama mereka bagi melunaskan tanggungjawab mencorak industri muzik Malaysia. PESAWAT akan mengeluarkan dua lagi single terbaru dalam masa yang terdekat.

PESAWAT mencipta sejarah dengan menjadi band pertama yang melancarkan muzik video di atas Pesawat yang sebenar iaitu MAS Boeing 777 di KLIA dengan kerjasama Channel [V]. Selain itu, PESAWAT turut tercalon dalam kategori “Best New Act” dalam Shout! Awards. Mereka juga turut telibat dalam konsert konsert ternama seperti Konsert Search di Awan Biru, S.O.X World Marching Band Competition, XFM XGiG, Rockaway 2009, Konsert Kemanusiaan GAZA, HotFM Big Jam, Channel [V] Amp Live!, KLUE Urbanscapes 2008 & 2009, Converse I am Laced Tour, Sunburst KL 2009, Anugerah Karyawan Muda, Zoom in @ RTM, Starworld American Idol Finale, Konsert Dewa 19 dan Nidji Live di KL.

No comments: